![]() Tuesday | 0Stalkers
Assalamualaikum. Peace be upon the Messenger, Ya Nabi Muhammad S.A.W, rahmat sekelian alam, cinta yang tak pernah luput dari hati ana. Ehem. Guna ana lee pulop. Okay, macam mana dengan cuti seminggu? Okay? Good lah kalau okay, kalau K.O sabarlah yee. Ehem ehem. Ana cuti ni hari first dengan second habiskan masa dengan keluarga tercintee cintee tee tee dekat perlis dengan memakan :O (memakan? seriously!) dengan makan kenduri dekat dekat sini *tunjuk jari kat depan,kiri,kanan. Dan dan dan ana dah start pakai stoking bila keluar. Alhamdullilah, Allah permudahkan segala urusan. Banyak pulop stoking jumpa dalam almari. Hari rabu ana dan kak ana dan juga anak menakan ana bertolak ke Keyy Elll pukul 1petang. Lihat muka bonda masa hantar kat stesen bas, sayu jee. Hm hm. Berat jugak nak pergi. Naik lah bas AB EXPRESSSS tuu yang dua tingkat tuuu. Act dalam bas tu ana dah rasa sesuatu yang mungkin akan buat ana rasa berat memikul "perasaan" tu. Tahu-tahu lah kan KL macam mana dia punya pemakaian, kalau ana yang berpakaian sebegini turun kat sana pasti,sure,yakin akan ada mata-mata yang menjeling, hati yang berkata "poyo jee minah tu","kampung betul lah dia tu" dan yes memang ada. Takpa lah, perjalanan tu bajet 7 8 jam gitu ja, tapi dia lajak sampai pukul 10 malam then baru sampai KL -_______- Allahurabbi. 10 jam atas bas dan cuma berhenti kat RnR SEKALI SAHAJA. Dugaan Allah. Then the next day pergi jalan-jalan kat IOI Mall, nak pergi tengok wayang cerita Hantu Kak Limah 2 dengan keluarga (tolak bonda ayahnda lah). Okay boleh la tahan cerita tu. Hm. Waktu dah habis wayang,pergi toilet nak teman kak, jadi masa tengah tunggu tu, Allah, kuatnya dugaan tu. Kak,makcik tengok jeling jeling ja. Hati ini cepat-cepat bisik pujuk diri, "takpa anis takpa,niat kerana Allah,sabarlah sabarlah sabarlah" dan kak keluar toilet terus jalan pergi. Masa odw balik perlis, malam ahad (that mean esok tu sekolah) bas pukul 8.30malam sampai sini pukul 3pagi. Allah bagi lagi ujian, beg pakaian ana dan akak orang ambil -.- Akibat sakit sangat kepala ini , skip sekolah sehari tanpa MC. Dan nasib henset abil tinggal dalam beg dan bonda call si pengambil tu angkat dan habaq dia duk kat Kota Sarang Semut. Nama dia Man juga -.- Sujud syukur, alhamdullilah alhamdullilah Allah permudahkan segalanya. And today, pergi sekolah, kerja sekolah bengkel yang nak tengok harini juga mash belum sempat buat. Jadi masa break jam 1-2 petang tu, diisikan dengan buat nota dengan latihan yang bertimbun-timbun dan ana tak sempat solat (qada lah jawabnya). Bawak la 4buah buku tu ke sana ke sini, dan stop dekat pondok. duduk dengan sahabat, kemudian Allah bagi lagi ujian dengan lalu pulak budak kelas sendiri sambil berkata "Takyah tunjuk rajin laa,tunjuk dalam kelas sudah" dan "Wuuu wuuu buat rajin buat rajin". Allah Allah Allah, berhenti menulis dan kata diri ana (yang didengari oleh sahabat sama -.-) "Aku buat pun sebab aku takmau duk kat luaq satgi waktu bengkel". Dan tengok tengok, budak kelas yang kata dekat ana tadi, Allah balas dengan cikgu suruh mereka duduk di luar bengkel (bengkel ana tingkat 1), bahagian bawah depan bengkel katering. So sapa yang lalu kat area tu semua nampak sambil mereka tengah buat nota dan latihan. Takpalah, ana tak minta Allah balas, ana maafkan mereka dah. Hm. Berat memang berat menjadi muslimah yang baru ni, tapi LillahiTaala apapun ana sanggup. And and and, tengok bawah nii...Untuk ke pertama kalinyaa. hihi excited sikit lah. Masa ana mula wish tu, ana dah cakap kat diri ana, "Uai tak balas ah hang punya post,sebab ramai gila kot orang post kat dia", kuasa Allah siapapun takleh halang and tadaaaa! hihi. Jadi, insyaAllah, ana akan cuba luangkan masa sedikit untuk blog ni lepas ni. Mohon maaf yaa. Jadi, for the muslimah out there, Sama-sama istiqomah yeee. Jazakallah. Assalamualaikum :) #Allah tuhanku. Islam agamaku. Al-quran kitabku. Muhammad nabiku. Kaabah kiblatku. Allahuakbar! ![]() Sunday | 0Stalkers
Assalamualaikum. Hihi alhamdullilah, sempat jugak spend time untuk tulis kisah hidup anis yang semakin hari semakin bahagia menjadi 'muslimah baru' ini. Hari Sabtu ada tusyen pukul 2.30 - 6.00 petang, jadi pemakaian anis tak sama macam 'zaman jahiliah' dulu. Kalau dulu pergi tusyen baju tangan pendek, tudung selepang kiri kanan dan seluar jean agak ketat lah, (Allah, jahilnya ku duluuuuuuuuuu :( hm) tapi tahun ni anis spin ke pemakaian begini pulak, baju melebihi pinggul,tudung menutupi dada dan berseluar longgar. Alhamdullilah alhamdullilah. Allah permudahkan segalanya ^-^ Jadi akibat tusyen habih pukul 6, solat asar pun dah nak habih, mak bawak ke masjid Alwi tadi. Solat disana. Selepas itu, pergi ke Arau pulak, yang kononnya nak pergi tengok kain nak buat jubah tapi spin ke baju kurung -.- Dalam kedai tu, ada jual tudung bidang 50 dan 60. Hati ini terdetik, tertarik dan melonjak-lonjak nak cuba pakai yang bidang 50. Tak berani lagi try yang 60 sebab ada tips cakap, mula dengan basic dulu. InsyaAllah,kalau dah biasa boleh pakai lah bidang 60. Ni contoh bidang 50.Manakala ni yang bidang 60 .. Nampak perbezaan? Labuh kiri kanan bahu tak sama. Jadiii, back to the story, anis tak try pun tudung tu -_______- Lagipun ada lelaki yang duk jaga kedai tu asyik tengok ke anis dan senyum. Dan anis nak buat apa lagi, tunduk muka dan pi dekat mak. Finally kak ina dah beli baju kurung dan kami solat kat masjid negeri. Lama dah teringin nak solat disitu (Allah tolong jadi kenyataan).Skiplah, masa dalam kereta mak cerita pasal solat hajat,solat tahajjud dan sebagainya yang dia lakukan setiap malam itu jadi kenyataan yang paling ketara sekali salah satunya ialahh.. Mak : Nak tau dak apa yang ketara sekali? Kak ina : Apa? *anis diam dan tunggu jawapan Mak : Kat adik lah (anislah maksudnya) , tengok cara dia berpakaian la, solat pun terjaga, alhamdullilah. Anis : *diam dan air mata mengalir di tempat duduk belakang Mak : Mak doa supaya anak-anak mak diberi petunjuk dan hidayah daripada Allah, dan Allah dah beri. Allahurabbi, menderu air mata. Benar, doa seorang ibu itu sangat lah senang termakbul. Terima kasih ya Ummi :') Anis : Tudung bidang 50 labuh dak mak? Mak : Labuh laa. Anis : Ada dak takat ni *tangan kat pinggang Mak : Ha ada lah, lebih kurang Anis : Tadi ada jual *tunduk muka Mak : Ha, awat tak beli. Anis : Ha, emm emm *diam See? Bila Allah nak kita berubah, tiada siapa boleh halang. Termasuk ibubapa kita. Biarlah orang nak kata apa kat kita, asalkan kita dah lakukan tanggungjawab kita yang WAJIB TUTUP AURAT niiii. Ah, insyaAllah, nanti anis akan cuba pakai bidang 50. Moga-moga Allah bantu. Amiin. Kita jumpa di entry lain yee,InsyaAllah. Assalamualaikum <3 # SETIAP HARI nampak wanita niqabis/purdah (petunjuk dari Allah kee? Wallahualam) # Jumaat pun balik pukul 5, Hm Allah,kuatkan kami. # Jadikanlah kami MUSLIMAH,MUKMINAH, MUJAHIDAH Ya Rabb ku. |
Milik Illahi :> ![]() Salam Ukhuwah Fillah :) (2/1/2014) Melihat kekuasaanNya, ya Allah sahaja yang memahami diriku Jerit sini ^.^ ![]()
Designer Templates: Hafni Base Code: Caca Editor: AnisSyippoo
Ya Rasulullah :'> Thanks to .. |