The Girl Name Anis
♣ Bila kita tolong agama Allah, Allah pasti bantu ^-^ ♣
Sunday | 0Stalkers

Assalamualaikum. Hihi alhamdullilah, sempat jugak spend time untuk tulis kisah hidup anis yang semakin hari semakin bahagia menjadi 'muslimah baru' ini. Hari Sabtu ada tusyen pukul 2.30 - 6.00 petang, jadi pemakaian anis tak sama macam 'zaman jahiliah' dulu. Kalau dulu pergi tusyen baju tangan pendek, tudung selepang kiri kanan dan seluar jean agak ketat lah, (Allah, jahilnya ku duluuuuuuuuuu :( hm) tapi tahun ni anis spin ke pemakaian begini pulak, baju melebihi pinggul,tudung menutupi dada dan berseluar longgar. Alhamdullilah alhamdullilah. Allah permudahkan segalanya ^-^ Jadi akibat tusyen habih pukul 6, solat asar pun dah nak habih, mak bawak ke masjid Alwi tadi. Solat disana. Selepas itu, pergi ke Arau pulak, yang kononnya nak pergi tengok kain nak buat jubah tapi spin ke baju kurung -.- Dalam kedai tu, ada jual tudung bidang 50 dan 60. Hati ini terdetik, tertarik dan melonjak-lonjak nak cuba pakai yang bidang 50. Tak berani lagi try yang 60 sebab ada tips cakap, mula dengan basic dulu. InsyaAllah,kalau dah biasa boleh pakai lah bidang 60. Ni contoh bidang 50.
Manakala ni yang bidang 60 ..


Nampak perbezaan? Labuh kiri kanan bahu tak sama. Jadiii, back to the story, anis tak try pun tudung tu -_______- Lagipun ada lelaki yang duk jaga kedai tu asyik tengok ke anis dan senyum. Dan anis nak buat apa lagi, tunduk muka dan pi dekat mak. Finally kak ina dah beli baju kurung dan kami solat kat masjid negeri. Lama dah teringin nak solat disitu (Allah tolong jadi kenyataan).Skiplah, masa dalam kereta mak cerita pasal solat hajat,solat tahajjud dan sebagainya yang dia lakukan setiap malam itu jadi kenyataan yang paling ketara sekali salah satunya ialahh.. 

Mak : Nak tau dak apa yang ketara sekali?
Kak ina : Apa? *anis diam dan tunggu jawapan
Mak : Kat adik lah (anislah maksudnya) , tengok cara dia berpakaian la, solat pun terjaga, alhamdullilah.
Anis : *diam dan air mata mengalir di tempat duduk belakang
Mak : Mak doa supaya anak-anak mak diberi petunjuk dan hidayah daripada Allah, dan Allah dah beri.

Allahurabbi, menderu air mata. Benar, doa seorang ibu itu sangat lah senang termakbul. Terima kasih ya Ummi :')

Anis : Tudung bidang 50 labuh dak mak?
Mak : Labuh laa.
Anis : Ada dak takat ni *tangan kat pinggang

Mak : Ha ada lah, lebih kurang
Anis : Tadi ada jual *tunduk muka
Mak : Ha, awat tak beli.
Anis : Ha, emm emm *diam

See? Bila Allah nak kita berubah, tiada siapa boleh halang. Termasuk ibubapa kita. Biarlah orang nak kata apa kat kita, asalkan kita dah lakukan tanggungjawab kita yang WAJIB TUTUP AURAT niiii. Ah, insyaAllah, nanti anis akan cuba pakai bidang 50. Moga-moga Allah bantu. Amiin. Kita jumpa di entry lain yee,InsyaAllah. Assalamualaikum <3

# SETIAP HARI nampak wanita niqabis/purdah (petunjuk dari Allah kee? Wallahualam)
Jumaat pun balik pukul 5, Hm Allah,kuatkan kami.
# Jadikanlah kami MUSLIMAH,MUKMINAH, MUJAHIDAH Ya Rabb ku.


Older Post | Newer Post
Milik Illahi :>


Salam Ukhuwah Fillah :)
(2/1/2014) Melihat kekuasaanNya, ya Allah sahaja yang memahami diriku


Brrr -.- Ehem Ehem !


Jerit sini ^.^




Designer


Templates: Hafni
Base Code: Caca
Editor: AnisSyippoo


Ya Rasulullah :'>

Thanks to ..

Basecode by : Fatin and Haizi
Own this properties : Allah Owner

Best View at GOOGLE CHROME!