The Girl Name Anis
♣ Salam Maulidur Rasul ya ukhti dan akhi ♣
Thursday | 0Stalkers

Assalamualaikum. Hihi mohon maaf lama tak up pe det (update) blog ni. Sibuk dengan kolej, ehem kolej -.- Balik pukul 5 dan pukul 5 sambung pulak dengan hw so, masa agak padat tapi alhamdullilah, Allah bagi kekuatan untuk tempuh semua ni. Alhamdullilah Ya Allah alhamdullilah :'> Jadi, hari ni adalah hari maulidur rasul. Junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Allahurabbi, hari ini ada benda benda aneh dan unik berlaku. Mungkin ada cerita yang Allah cuba sampaikan ke anis, *mana tau kann. First, terjaga pukul 4 pagi tadi, malaikat gerak mungkin, dan hati terdetik nak selawat. Jadi selawat lah sampai tertidur, pastu terrjaga balik pukul 8, Allah bagi kesempatan untuk merasakan pagi tadi yang amat tenang. Namun tertidur balik -.- Pukul 10 bangun dan mak ajak keluar makan, time dalam kereta, bawak earphone dan dengar selawat dan ronda ronda pukul 12 baru balik. Kan tengahari, hari hari lain kalau dah t/hari ni mesti agak panas kan, tapi harini anis tak rasa panas pun. MasyaAllah, Alhamdullilah. Berhijab hitam namun masih lagi rasa tak panas. Dan yang kedua ialah mimpi diri ini menjadi seorang niqabis. Hihi :3 Dalam bulan 1 ni, dah banyak kali terjumpa dengan niqabis, entah la kenapa. Sebelum ini tak pernah/jarang jumpa niqabis. Sejak memohon petunjuk dari Allah, alhamdullilah Allah dah kerap bagi anis nampak niqabis. Back to the dream, dalam mimpi tu anis dah memakai niqab, dan Allah tunjuk kat anis ujian niqabis. Yang pertama, niqab anis pakai ada lelaki tarik sehingga tercabut niqab anis, diselamatkan oleh 'sahabat' niqabis yang entah muncul dari mana. Kedua Allah tunjuk anis dan 'sahabat' niqabis anis dikejar oleh beberapa orang lelaki kerana kami dianggap sebagai pengganas. "My name is Anis, and I nor a terrorist" -.- Elok terjaga dari tidur, terus pujuk hati, "Kalau kita ikhlas pakai kerana Allah, Allah pasti bantu kita, insyaAllah ya hati ya" . Alhamdullilah. Hihi. Dan hari ini terasa lamaaaaaaaaaaaa dan tenaaaaaaaang sangat. Jadi, dah penuhi hari ini dengan selawat ke atas baginda? Jom jom selawat. Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Sallim
hihi, jadi jadi selawat berbanyak dan tak perlu tunggu maulidur rasul baru nak berselawat, dan tak perlu nak tunggu cikgu suruh, tak perlu nak tunggu waktu sakit. Sedangkan baginda yang tengah bertarung dengan maut pun masih sempat menyebut ''Ummati Ummati Ummati", ini cara nak balas jasa baginda? \

Sabda Nabi S.A.W. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat At-Tabrani

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di hari Jumaat seratus kali maka ia datang di hari Kiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya.” (Hadis Riwayat Abu Nu’aim)

Esok kan Jumaat, jadi perbanyakkan lah selawat. Banyak manfaat. Ada tulis kat -->  KLIK SINI . Jadi insyaAllah, kalau ada kesempatan, anis up pe det lagi. Oh oh sebelum terlupa, kepada orang perlihhhh, 26/1 insyaAllah, Ustaz Harun Din mai MATIN Perlis, kompleks Pas dekat abi kot, untuk ceramah Maulidur Rasul dan Isu Kalimah Allah. Jemput datang, sama-sama peroleh ilmu. Hikhik. Salam ^-^






Older Post | Newer Post
Milik Illahi :>


Salam Ukhuwah Fillah :)
(2/1/2014) Melihat kekuasaanNya, ya Allah sahaja yang memahami diriku


Brrr -.- Ehem Ehem !


Jerit sini ^.^




Designer


Templates: Hafni
Base Code: Caca
Editor: AnisSyippoo


Ya Rasulullah :'>

Thanks to ..

Basecode by : Fatin and Haizi
Own this properties : Allah Owner

Best View at GOOGLE CHROME!